Denda RM1,000 Jika Lewat Daftar Anak

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak mereka dalam masa 60 hari selepas kelahiran bayi mereka, bakal berdepan dengan denda sebanyak RM1,000 berbanding RM50 sebelum ini, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata denda ini ditetapkan bukanlah sebagai pungutan hasil tetapi untuk menggalakkan ibu bapa supaya mendaftarkan kelahiran anak mereka dengan cepat dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kerajaan sudah mengambil keputusan (untuk naikkan denda lewat daftar) selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lepas, yang turut menetapkan bahawa semua  kelahiran mesti didaftarkan dalam  tempoh 60 hari tidak kira anak luar nikah atau anak dari hasil perkahwinan.

"(Sebabnya) adalah untuk memastikan serta menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka  secepat mungkin. Kalau mereka mendaftarkan kelahiran dengan lambat, maka mereka akan didenda sebanyak RM1,000.

"Jangan ambil perkara ini sambil lewa (mengenai) hal pengenalan diri anak mereka," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah,  dekat sini,  Selasa.

Turut hadir, Pengarah JPN Johor  Rokiah Hanum Ibrahim.Ogos lepas, kerajaan menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan daripada 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang kepada ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di pejabat pendaftar kelahiran.

Nur Jazlan berkata setakat ini, tiada kes melibatkan ibu bapa yang lewat mendaftarkan anak mereka.

"Di Semenanjung ini, tiada sebab ibu bapa untuk mendaftarkan lewat kelahiran anak kerana mempunyai komunikasi, jalan serta pejabat JPN yang dekat.

"Namun, ia berlainan bagi ibu bapa di Sabah dan Sarawak yang mungkin menghadapi masalah dari segi jarak dan kedudukan pejabat JPN yang jauh dari kawasan kediaman (pedalaman khususnya)," kata Nur Jazlan.

Dalam hal lain, kerajaan memberi tempoh 30 hari kepada pemohon kad pengenalan yang masih belum menuntut dokumen pengenalan diri mereka di JPN untuk menuntutnya sebelum ia dilupuskan.

Menurut beliau, berdasarkan rekod JPN, sebanyak 106,000 kad pengenalan masih belum dituntut oleh pemiliknya sejak tiga tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JPN , denda

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan