Kassim Ahmad Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Kassim Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 12:39 PM

Kassim Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis sosial dan cendekiawan, Dr Kassim Ahmad, 84, meninggal dunia akibat radang paru-paru di Hospital Kulim di Kedah, Selasa.

Anak lelaki beliau, Ahmad Shauqi Kassim mengesahkan berita itu.

Beliau meninggal dunia pada pukul 10 pagi Selasa.

Menurut Ahmad Shauqi, jenazah bapanya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim, petang Selasa.

Kassim koma sejak petang Isnin selepas mengalami masalah pernafasan.

Dilaporkan, Allahyarham terkenal dengan karya Hadis: Satu Penilaian Semula?, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam dan buku itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Karya itu juga menyebabkan beliau dianggap sebagai antihadis.

Tags / Kata Kunci: Kassim Ahmad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan