Tak Logik PPIM Sokong ‘Doktor Gigi Palsu’

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 4:36 PM

PPIM menafikan pihaknya menyokong perbuatan doktor gigi palsu, Nur Farahani Ezzaty.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan sekeras-kerasnya menyokong perbuatan 'doktor gigi palsu', Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen.

Kekecohan tercetus apabila ada pihak mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) itu membantu membebaskan gadis yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah itu dengan mengutip dana bagi membayar denda sebanyak RM70,000.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya tidak pernah berjumpa dengan gadis terbabit, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan yang menyokong tindakan gadis berkenaan malah tidak pernah terlibat atau mempromosikan kutipan dana untuk membantunya.

Nadzim menunjukkan poster kempen membebaskan Nur Farahanis Ezzaty yang tular di laman sosial. 

"Ini poster (kempen membebaskan Nur Farahanis Ezatty) yang dikeluarkan, mana ada logo PPIM.

"Tak tahu pasal apa marah sangat orang dekat PPIM. Jangan jadi musuh PPIM, kita tak buat benda (kesalahan)," katanya dalam siaran langsung di stesen Bernama Radio, Isnin.

Bagaimanapun Nadzim mengakui pernah dihubungi peguam dan ahli keluarga Nur Farahanis untuk mendapatkan bantuan, justeru beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang beranggapan nasihat yang diberikan oleh PPIM sebagai satu bentuk pertolongan.

"Orang kata PPIM anggap Nara (Nur Farahanis Ezatty) ini aset negara, sebenarnya apa yang tepat adalah PPIM menyatakan bahawa setiap rakyat adalah aset negara dan bukan spesifik dia tak bersalah.

"Tak pernah sekali pun sokong dia dan tak logik kami sokong belajar daripada Youtube. Tak masuk akal kami nak biarkan dia teruskan perniagaan pendakap gigi palsu ini," kata seorang lagi aktivis, Muhammad Zharif Johor.

Nur Farahanis Ezzaty.

Sementara itu, PPIM turut menjawab persoalan mengenai penglibatan mereka yang dilihat hadir ketika bekas pelajar kolej vokasional tersebut dibebaskan.

"Bezakan dulu PPIM dengan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM). Individu yang dilihat itu memakai baju PPIM yang pernah diedarkan sebelum ini.

"Jadi kalau dia mewakili PPIM, ia tidak rasmi," jelas Muhammad Zharif.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 29 September lalu menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty dari Alor Setar, Kedah atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan