Budak Dirantai Pada Tong Gas Jumpa Bapa Kandung

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 9:37 PM

Mangsa diselamatkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan setelah memecah masuk bahagian belakang rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 1, Kuantan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Hasrat budak lelaki berusia 10 tahun, yang dirantai pada sebuah tong gas baru-baru ini, untuk bertemu bapa kandungnya tercapai pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata lelaki berusia 36 tahun itu, yang menetap di Melaka, tiba di sini lewat petang tadi untuk bertemu dengan anaknya.

Sebagai menghormati hak peribadi kedua beranak itu, beliau berkata perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.

"Bapa kandung kanak-kanak itu kemudian menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.

Shahaniza (kiri) menziarahi kanak-kanak berusia 10 tahun yang kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Sabtu.

"Namun, saya menjelaskan bahawa perkara itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selesai membuat laporan," katanya di sini, Ahad.

Shahaniza memberitahu budak lelaki itu akan diletakkan di bawah jagaan JKM sehingga isu itu selesai.

Semasa melawat budak lelaki itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Sabtu, Shahaniza berkata dia memaklumkan hasratnya untuk bertemu bapa kandungnya yang bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang, Melaka selepas lama tidak berjumpa.

Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, ditemui dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1 di sini pada Jumaat.

Mangsa dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera, kerana pulang lewat. - Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan