Jiran Dengar Bunyi Rantai Bergeser

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 9:14 AM

Ruang dapur inilah mangsa diikat dan ditemui jirannya.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perasaan sedih dan berdebar menyelubung diri jiran yang hanya ingin dikenali sebagai Salmah, 58, sebaik melihat sendiri keadaan kanak-kanak yang dirantai pada tong gas, di sini.

Menurutnya, sebelum laporan polis dibuat jam 7 pagi kelmarin, dia berasakan ada sesuatu aneh berlaku kerana sejak malam hingga ke pagi, kedengaran bunyi rantai bergeseran dan sesekali bunyi pergerakan tong gas dari arah rumah berkenaan.

“Saya cuba intai dan saya terkejut, lutut menggigil bila lihat seorang kanak-kanak cuba angkat tong gas dengan keadaan leher dirantai menuju ke pintu.

“Saya lihat dia cuba nak keluar tapi tak berjaya, sebab tong gas tu berat dan dia terduduk begitu sahaja.

“Keadaannya memang menyedihkan dan nampak sangat lemah,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya memaklumkan kepada suami dan memintanya mendapatkan pertolongan jiran untuk hubungi polis.

“Saya tak keruan buat kerja bila teringat apa yang saya lihat dan ketika meninjau ibu bapanya tak ada di rumah. Sebelum tu ada dengar ibunya masak di dapur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran yang hanya ingin dikenali sebagai Musa, 30, berkata, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, dia diberitahu jiran bersebelahan, ada kanak-kanak dirantai.

“Saya lihat keadaan budak tu, dan cuba panggil tapi tak berjaya. Saya lihat dia diam dan kaku sebab sukar nak bernafas kerana mungkin terjerut. Saya segera hubungi polis.

“Keadaannya sangat menyedihkan kerana lehernya dililit dua kali dan rantai tu lebih besar daripada rantai pagar yang selalu saya guna,” katanya.

Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, dia sedih dan terkejut dengan kejadian tersebut kerana sangat mengenali kanak-kanak itu dan sering bertegur sapa.

“Bila dengar budak tu kena rantai dan tak diberi makan minum, rasa sangat sedih dan tak patut budak tu dizalimi.

“Memang selalu dia dimarahi dan dipukul bapa tirinya, tapi tak sangka jadi lebih dahsyat,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: tong gas , rantai

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan