Guru Borong Mini Gun Spray...Kenapa?

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 2:11 PM

Antara 'pistol' yang berjaya dirampas Mohd Fadli daripada anak muridnya pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insiden seorang anak muridnya yang berusia lapan tahun koma berhari-hari lamanya selepas disyaki meminum cecair dalam bekas berbentuk pistol kira-kira dua atau tiga tahun lalu masih segar dalam ingatan guru lelaki ini.

Insiden yang memberi kesan pada dirinya bagaikan kembali menghantuinya apabila minuman tersebut yang dikenali sebagai 'Mini Gun Spray' dilihat dijual pada harga 50 sen seunit di luar kawasan sekolah.

Namun, kerana sayangkan anak muridnya, Mohd Fadli Salleh bertindak memborong minuman tersebut daripada penjaja di luar kawasan Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Guru berusia 34 tahun itu berkata, inisiatif tersebut dilakukan selepas menyedari minuman tersebut yang diragui khasiatnya.

"Air itu amat saya ragui dalam banyak perkara... pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lepas tu logo halal dia memang 'cap ayamlah'. Halal betul atau haram entahlah tapi saya syak logo tipu.

"Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh, anda tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?," soalnya.

Mohd Fadli ketika dihubungi mStar Online berkata, tambah membimbangkannya adalah besi yang ada di dalam minuman tersebut.

"Pistol ni bila dibuka akan nampak spring besi ni. Sifat besi ni, ia akan berkarat kalau terkena air. Dan air karat itu akan mengalir turun bercampur dengan minuman berasid dan tidak sihat itu.

"Bayangkan pistol ini dijual ditempat yang panas seperti luar pagar sekolah, lebihan diangkut dan diletakkan di dalam bonet kereta penjaja yang berjemur panas. 

Minuman ini boleh didapati dalam perisa manis, masam dan masin.

"Dikhuatiri bahan kimia pada acuan plastik pistol ini akan turun dan meresapi ke air minuman pula," kata Mohd Fadli.

Jelas guru kelahiran Pasir Putih, Kelantan itu, beliau membelanjakan RM6.50 untuk memborong semua minuman dalam bekas berbentuk pistol tersebut daripada penjaja.

"Saya borong baki pistol kat penjaja. Yang lain semua dah habis.

"Yalah, takkan nak suruh penjaja buang gitu sajakan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga," katanya.

Malah, beliau yang juga guru disiplin di sekolah tersebut turut melakukan pemeriksaan mengejut ke atas murid sekolah itu dan merampas kira-kira 50 pistol berisi minuman itu.

"Itu baru sikit, rampasan dari tiga kelas. Sesi petang sekolah saya ada 12 kelas semuanya. Bayangkan kalau buat spot check  semua kelas, memang berguni-gunilah berjaya dirampas," katanya.

Posting Mohd Fadli mengenai minuman tersebut menjadi tular di laman Facebook dan dikongsi sebanyak 20,411 kali.

Malahan, rakannya telah mengambil inisiatif melaporkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan.

Rata-rata netizen menyifatkan posting tersebut sebagai satu perkongsian yang amat bernilai.

@RoHa Salleh berkata:"Terima kasih cikgu atas maklumat sebab ada anak kecil yang sekolah rendah, jadi nak kena beringat.

"@ALwan Enaa berkata :"Bagus kongsikan maklumat ini. Anak saya yang umur 5 dan 6 tahun pun suka beli pistol ni. Saya agak air dalam tu air berperisa macam yang kita beli untuk buat minuman. Lepas ni saya akan pantau anak-anak saya."

Susulan posting itu yang tular di media sosial, Mohd Fadli berkata salah seorang rakannya telah membuat aduan kepada bahagian kualiti makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan susulan.

"Pihak kualiti makanan KKM telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu pada Jumaat. Saya berharap agar mereka akan buat tindakan susulan dengan segera.

"Semoga minuman yang tidak bermanfaat dan boleh membahayakan kesihatan ini dihapus dan tidak lagi dijual di negara kita," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati ibu bapa agar memantau dan menasihati anak masing-masing supaya tidak membeli minuman tersebut.

"Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita berhati-hati. Sama-sama kita berpesan," katanya.

Tags / Kata Kunci: mini gun spray

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan