Kebakaran Di Mid Valley

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 8:45 PM

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall lewat petang Sabtu.

Mengikut laporan wartawan The Star, Ashley Tang yang berada di tempat kejadian, siren kecemasan berbunyi pada pukul 7.15 malam dan menyebabkan semua orang berada dalam pusat membeli belah itu bergegas keluar.

Seorang anggota polis enggan memberi maklumat ketika kejadian berlaku.

"Saya tidak ada masa untuk wartawan sekarang. Pergi selamatkan diri sendiri," katanya.

Polis kini menutup kawasan yang terlibat dengan kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan sebuah premis perniagaan yang terletak di tingkat bawah bangunan pusat membeli belah itu.

Selepas pengumuman tersebut, semua premis perniagaan ditutup.

Netizen turut mengambil peluang berkongsi maklumat di laman sosial, Twitter dan Facebook.

Pada pukul 8.05 malam, satu lagi pengumuman dibuat memberitahu situasi dapat dikawal.

Semua premis perniagaan kembali beroperasi.

Kejadian seperti itu pernah berlaku pada 30 mei lalu apabila sebuah mesin faksimili di salah sebuah kedai di situ terbakar.

Tags / Kata Kunci: Mid Valley , terbakar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan