Masalah Mental Punca Perangai Pelik

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN:“Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di depan kedai dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial.

Terdahulu, Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan kediaman remaja berkenaan di Rasah Jaya, di sini, bagaimanapun rumah berkenaan tidak berpenghuni dan dipercayai remaja perempuan itu dan ibunya keluar pada kira-kira 7 pagi dan dikatakan akan pulang semula pada sebelah malam.

Jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga itu tinggal di taman perumahan ini kira-kira 20 tahun lalu.

“Kami tahu bagaimana sikap mereka. Ada kalanya ibu pelajar berkenaan bertindak di luar kawalan.

“Kami syak kedua beranak itu mengalami masalah mental ditambah pula dengan tindakan anak perempuannya yang selamba buang air besar di sebuah kedai dobi di Lobak,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai dobi berkenaan, Datuk Adzwan Ab Manas, 42, berkata, dia mahu tindakan diambil terhadap dua beranak itu selepas laporan polis dibuat pada Jumaat.

Katanya, jika orang ramai termasuk netizen mengatakan dua beranak itu mengalami masalah mental dan orang kelainan upaya (OKU), remaja berkenaan tidak akan ke sekolah dan mereka tidak akan tahu di mana rumahnya.

“Tindakan dilakukan mereka itu hanya disebabkan kurangnya kesedaran sivik,” katanya yang telah membuka kedai dobi 24 jam berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Kejadian pelik itu dipercayai berlaku pada tengah hari Selasa ketika kebetulan tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan cucian pakaian secara layan diri tersebut.


Tags / Kata Kunci: Lobak , Adzwan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan