RM5.779 Bilion Wang Tak Dituntut

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anda memiliki bank akaun yang sudah dilupakan? Atau deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan automatik yang tidak pernah anda semak untuk tempoh yang lama?

Kemungkinan dana tersebut diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut (WTD) dan berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah.

Setakat Jun lalu, jumlah WTD dianggarkan sebanyak RM5.779 bilion membabitkan lebih 55 juta akaun sejak 1977.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong menjelaskan akaun tidak aktif selama lebih tujuh tahun, baki di dalam akaun tersebut dianggap tidak dituntut sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

Ini termasuk akaun seperti simpanan, semasa dan deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan secara automatik.

"Terdapat dua kategori lain: Pertama, wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun seperti gaji, bonus, komisen kepada pekerja, dividen dan deposit tetap tanpa arahan pembaharuan automatik.

"Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun seperti akaun hutang perdagangan dan akaun lain yang boleh diterima dengan baki kredit turut dianggap sebagai WTD.

"Dalam bahasa mudah, WTD adalah wang yang gagal diberikan kepada pemilik sebenarnya," katanya kepada The Star.

Wang yang akan dikembalikan itu tiada penolakan tambahan daripada jumlah asal mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

Sebagai contoh jika anda mempunyai jumlah WTD sebanyak RM100 kira-kira 20 tahun lalu, ia akan dikembalikan hari ini dengan jumlah yang sama.

Malah, beliau berkata tiada tarikh akhir untuk memeriksa dan menuntut wang tersebut.

"Jadi orang ramai tidak perlu panik kerana ia tidak perlu dilakukan dengan terburu-buru.

"Kerajaan juga membangunkan sistem dalam talian untuk memeriksa dan memohon WTD. Ia akan tersedia pada tahun depan," katanya.

Jumlah terbesar yang pernah dikembalikan kepada individu adalah hampir RM6 juta (individu mempunyai beberapa akaun) manakala jumlah kecil adalah sebanyak 39 sen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anm.gov.my.

Tags / Kata Kunci: WTD , Jabatan Akauntan Negara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan