‘Kita Penduduk Yang Naik Segan’

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 8:51 AM

Beberapa helai baju digantung di papan tanda di kawasan Perindustrian Dioh dipercayai dilakukan pekerja warga asing.fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Tindakan pekerja dipercayai dari sebuah kilang di Perindustrian Dioh menyidai baju di papan tanda arah taman kelmarin, mengundang pelbagai reaksi penduduk berhampiran kerana ia mencacatkan pemandangan.

Perkara itu yang tular di laman sosial Facebook turut menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pekerja warga asing terbabit.

Masalah tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Khairolnezam Shaari yang bertindak pantas mengajukan permasalahan itu kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) untuk tindakan selanjutnya.

Penduduk di taman perumahan berhampiran, Azli Idrus, 45, berkata, kebanyakan pekerja warga asing di situ mendiami bangunan asrama yang disediakan majikan mereka.

Bagaimanapun katanya, sikap sesetengah mereka yang tidak mementingkan kebersihan dan membuang sampah sesuka hati menjadikan kawasan berkenaan kotor.

“Masalah ini lebih sukar diatasi bila tong sampah yang disediakan tidak cukup sehingga kadang kala sampah melimpah dan bertaburan.

“Itu belum lagi sikap mereka yang sidai baju di papan tanda taman tanpa rasa malu dan bersalah. Kita penduduk yang naik segan,” katanya.

Azli berkata, walaupun sudah ditegur dan diberi nasihat, perkara itu tetap berulang.

“Dulu masa awal tahun, sampah sarap bertaburan di bangunan asrama pekerja, sekarang mereka sidai pula baju di papan tanda tepi jalan. Lepas ni tak tahu apa lagi yang berlaku.

“Saya mewakili penduduk berharap majikan yang menggaji warga asing ini perlulah tegas dan menitikberatkan soal kebersihan pekerja mereka. Ambil tahu persekitaran tempat tinggal mereka dan turun padang agar masalah tidak terus berulang,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDKP, Syahrul Nizam Salleh berkata, tindakan menurunkan pakaian yang digantung di papan tanda berkenaan  telah dilaksanakan MDKP, Selasa.

Menurutnya, pemilik kilang yang menggaji pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Dioh juga telah diberi peringatan supaya menjaga tingkah laku pekerja agar tidak membuat kacau ganggu di kawasan tempat tinggal mereka.

“Pemantauan berterusan akan dibuat MDKP dan jika perlu operasi bersepadu akan dilakukan  bersama agensi berkaitan,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: MDKP , sidai baju

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan