“Tolonglah... Rumah Rakyat Ni”

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 5:25 PM

Pasukan FRU kelihatan turut berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kekecohan yang berlaku di kawasan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi Rabu telah mencetuskan situasi tegang antara pihak penguatkuasa dan orang awam.

Susulan itu, sepasukan polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat bergegas ke lokasi untuk meleraikan pertikaian yang timbul selepas pihak penguatkuasa bertindak ingin merobohkan premis di kawasan tersebut.

Seorang lelaki mendakwa pihak penguatkuasa tidak memberi pampasan bagi merobohkan premis tersebut dan dia bertegas untuk enggan keluar dari kawasan itu.

"Nak suruh keluar macam mana kalau takde pampasan? Fikirlah sedikit encik. Tolonglah...rumah rakyat ni.

"Kalau polis (FRU) ke tepi, tiada masalah, encik. Kita tak melawan dengan polis," katanya menerusi video yang dirakam di tempat kejadian.

Pada video tersebut juga kedengaran pihak berkuasa meminta supaya orang awam berundur bagi membolehkan mereka menjalankan tugas.

Operasi tersebut yang didakwa dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak diselesaikan secara baik.

Pihak penguatkuasa tiba di kawasan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 7.30 pagi.

Sementara itu, sumber memberitahu mStar Online, tanah tersebut sebenarnya milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) Putrajaya dan perintah mahkamah telah dikeluarkan pada 8 September lalu untuk pemilik premis mengosongkan kawasan berkenaan.

"Tanah tersebut sudah dipajak kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) selama 60 tahun dan operasi pagi tadi (Rabu) diketuai oleh JKPTG Putrajaya sendiri.

"Sebenarnya, pihak terlibat telah diberi tempoh sehingga Ahad lalu untuk berpindah, namun arahan mahkamah itu tidak diendahkan," jelasnya sambil menambah perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan