Jambatan Sungai Jelai Siap Ikut Jadual - Berita Semasa | mStar

Jambatan Sungai Jelai Siap Ikut Jadual

Diterbitkan: Selasa, 3 Oktober 2017 10:55 AM

Ismail Sabri meninjau jambatan konkrit yang menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor Mukim Cheka 1, Lipis. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

RAUB: Jambatan konkrit merentangi Sungai Jelai di sini dengan kos kira-kira RM14.5 juta yang berjaya disiapkan mengikut jadual, memberi kelegaan kepada penduduk di Kampung Gemunchor Mukim Cheka 1 dan Kampung Batu Balak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jambatan itu dibina bagi menggantikan jambatan kayu yang merupakan laluan balak yang boleh membahayakan nyawa pengguna kerana berisiko runtuh pada bila-bila masa disebabkan semakin uzur.

Menurutnya, pembinaannya infrastruktur itu memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan penduduk pedalaman dan luar bandar di negeri ini.

“Justeru, pembinaan jambatan baharu ini tentunya memberi kelegaan kepada penduduk setempat yang berulang alik untuk ke kebun menggunakan laluan ini dan kini kita akan menggantikan paip air yang sedia ada kerana paip yang sedia ada terlalu kecil dan telah timbul masalah kekurangan air oleh penduduk di situ.

“Kini, penduduk tidak perlu berasa takut dan bimbang kerana jambatan baharu sudah siap dan dapat dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan,” katanya selepas mengadakan lawatan dan meninjau projek jambatan baharu itu, Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya telah meluluskan peruntukan bagi membaiki jalan ke Kampung Gemunchor sebanyak RM2 juta.

“Selain itu, kita akan naik taraf dari segi penyaluran air dari Jambatan Jelai-Gemunchor ke Kampung Gemunchor dan bantuan air di Kampung Mela, serta beberapa perkara lain membabitkan kemudahan asas.

“Kita juga akan membina jalan dan jambatan dari Kampung Labu melalui Kampung Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchor dan Kampung Mela, Lipis dengan peruntukan siling RM 192.5 juta sepanjang 15 kilometer dengan sembilan jambatan yang dijangka bermula  Januari 2018,” katanya. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan