Tukar Nama FB Pula

Diterbitkan: Isnin, 2 Oktober 2017 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas menutup laman Facebook gara-gara dikecam netizen, penganjur Ekpo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017, Jobsifu.com Malaysia kini didakwa menukar nama laman media sosial tersebut.

Netizen yang berang dengan tindakan penganjur expo kerjaya yang menawarkan lebih 5,000 jawatan melibatkan syarikat terkemuka negara itu berkongsi paparan skrin yang menunjukkan laman Facebook Jobsifu.com Malaysia ditukar kepada Cuti Cuti Malaysia.

@ Nasir Al-Helmy berkata:"Setelah mengaut wang dari siswazah dan anak muda yang tidak bekerja. Kini mereka mengajak pergi bercuti."

@ Mohd Farhan Madzlan berkata:"Sudahla kita susah, ditipu pula kita."

@ Aishah Azmi berkata:"Jobsifu.com Malaysia tukaq jadi cuti-cuti Malaysia noh."

Terdahulu, Jobsifu.com Malaysia dikecam selepas seorang gadis mendedahkan pengalamannya umpama indah khabar dari rupa semasa menghadiri ekpo tersebut.

Gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Awin mendakwa kunjungannya ke expo sebenarnya sesuatu yang sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan.

Posting Awin yang menjadi tular di media sosial.

Tindakan penganjur yang menjual borang permohonan kerja yang berharga RM10 setiap satu kepada graduan yang hadir disifatkan sebagai penipuan yang dilakukan secara halus demi mengaut keuntungan.

Jika pada Sabtu, hotel di Alor Setar, Kedah menjadi lokasi penganjuran ekpo tersebut yang dibanjiri ribuan graduan, berbeza pula situasinya pada Ahad.

Menurut Facebook Aduan Rakyat Kedah, jalan masuk ke persimpangan hotel tersebut bertukar lenggang pada Ahad.

"Jika tengahari Sabtu untuk masuk ke simpang ** Hotel pun sesak panjang, hari ini (Ahad) nampaknya lenggang. Untuk rekod Expo Kerjaya anjuran Jobsifu.com Malaysia berlangsung dua hari iaitu pada 30 September dan 1 Oktober," tulisnya.

Sehingga berita ini ditulis, usaha mStar Online untuk mendapatkan reaksi balas pihak penganjur ekpo tersebut tidak berhasil.

Panggilan ke nombor telefon bimbit yang disediakan pada iklan promosi ekpo tersebut dan mesej pesanan menerusi WhatsApp juga tidak dijawab.

Tags / Kata Kunci: Facebook , Jobsifu.com Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan