‘Lari Setiap Kali Dengar Bunyi Senjata Api’

Diterbitkan: Isnin, 2 Oktober 2017 9:03 AM

Mohd Feroz (kiri) dan Mohd Mwaffaq meraikan kejayaan masing-masing.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada usia 11 tahun, kanak-kanak pelarian Rohingya, Mohd Feroz Said Alam mengetahui kematian akan menjemputnya pada bila-bila masa sahaja.

"Saya hanya kanak-kanak yang akan berlari ke mana sahaja setiap kali saya terdengar bunyi senjata api," tulisnya dalam penyertaan pertandingan Puisi Untuk Migran dan Pelarian Malaysia 2017.

Diadakan pada Ahad di HELP Universiti dekat Bukit Damansara, kemuncak pertandingan itu menyaksikan sembilan kanak-kanak dan 14 dewasa bersaing merebut gelaran juara.

Mohd Feroz yang menceritakan mengenai pengalaman bapanya melarikan diri dari Myanmar untuk puisinya bertajuk 'The Runner', memenangi hadiah utama bagi kategori junior (berusia bawah 12 tahun).

Menceritakan lebih lanjut mengenai jalan penceritaan puisinya, Mohd Feroz berkata dia amat sedih kerana bapanya perlu menyaksikan keganasan dan terpaksa hidup dalam pelarian.

"Dalam puisi saya, saya mahu bertanya: Mengapa hidup begitu kejam? Bukan sahaja kepada bapa saya tetapi juga semua pelarian," katanya selepas memenangi trofi dan sijil pertandingan.

Juara bagi kategori dewasa pula dimenangi Mohd Mwaffaq Alhajjar, 25, dari Syria.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300 termasuk trofi dan sijil.

Graduan kejuruteraan petroleum itu menulis puisi sejak berusia 12 tahun dan aktif berlakon teater pada usia 18 tahun.

Perlu menjalani latihan ketenteraan sebaik sahaja tamat pengajiannya, Mohd Mwaffaq berkata dia tidak boleh menyesuaikan diri untuk membunuh insan lain.

"Jadi saya tinggalkan tanah air saya setahun setengah yang lalu," katanya.

Dia kini berkhidmat sebagai tutor bagi mata pelajaran Kimia, Matematik dan asas bahasa Inggeris secara sambilan.

Mohd Mwaffaq turut mengajar di sekolah untuk mangsa pelarian.

Tags / Kata Kunci: puisi , pelarian Rohingya

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan