Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mengakui tertekan di tempat kerja dan pernah merancang untuk berhenti kerja dan mahu memulakan perniagaan sendiri sebelum insiden tersebut, dakwa isterinya.

Noor Bazlin Mohammad, 28, kelihatan terkejut apabila ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Nik Muhammad, 28, (Laskar Kelas 1) dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan, pada Jumaat.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

Namun, hasil bedah siasat mendapati mereka meninggal dunia kerana terdapat kesan penderaan dan kecederaan pada tubuh mereka.

Noor Bazlin yang berkhidmat sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, Kuala Lumpur berkata suaminya ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, sejak Rabu.

Jelas ibu kepada tiga anak itu, dia berbual kali terakhir dengan suaminya pada malam Rabu dan dimaklumkan dia ditahan kerana masuk kerja lewat dua kali.

"Dia beritahu saya supaya menjaga anak-anak dan dia akan balik tidak lama lagi.

"Dia menghubungi saya dua kali, sekali pada pukul 11 malam dan kali kedua pada 11.42 malam beritahu saya supaya jangan risau dan dia mahu berhenti kerja.

"Namun saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai tentera laut pada pukul 5.30 petang Jumaat memaklumkan mengenai kematian suami saya," katanya yang kali terakhir bertemu suaminya pada 23 September lalu.

Noor Bazlin berkata suaminya berkhidmat bersama TLDM selama sembilan tahun dan dipindahkan ke pangkalan TLDM Lumut pada 2015.

"Sejak di Lumut, dia sering mengadu tertekan dengan kerjanya," kata Noor Bazlin.

Nik Muhammad meninggalkan tiga anak berusia antara 10 bulan dan empat tahun.

Tags / Kata Kunci: TLDM , Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan