Jenazah Nik Muhammad Baihaqy Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 9:41 AM

Suasana pilu dan hujan renyai mengiringi pengebumian Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy, pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbat, Pasir Tumboh di sini, Ahad.

Jenazah Allahyarham yang tiba dari Ipoh, Perak pukul 5 pagi Ahad, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira sejam kemudian disaksikan anggota keluarga, penduduk kampung dan pegawai-pegawai TLDM.

Turut hadir Panglima Udara TLDM Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin yang menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada ibu arwah, Maimun Yasok, 61, selepas majlis pengebumian tersebut.

Allahyarham LK 1 PNK Nik Muhammad Baihaqy, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Perak, Jumaat lepas.

Polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Sementara itu, anggota keluarga Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy, mahu supaya kes kematian itu diberikan keadilan dan pihak yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Kakak sulung arwah, Nik Norliliwati, 44, berkata keluarganya terkejut dan tidak menyangka kematian adiknya itu akibat dipukul iaitu selepas bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata keluarganya diberitahu keadaan mangsa agak teruk dengan kesan kecederaan di bahagian belakang leher selain ada pendarahan di bahagian paru-paru.

Menurutnya buat masa sekarang keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan tindakan selanjutnya.

"Keluarga kami mungkin akan melantik seorang peguam dan yang selebihnya kami akan tunggu keputusan penuh daripada pihak berkuasa.

“Kami akan tegakkan keadilan terutamanya kepada keluarga arwah iaitu isteri, Noor Bazlin Mohamad, 28, serta tiga anaknya, Nik Adam Mikhail, 4, Nik Aishah Azzahra, 2, dan Nik Anas Naufal, 10 bulan," katanya.

Nik Norliliwati berkata pihak keluarganya mahu supaya balasan yang setimpal diberikan kepada sesiapa yang melakukan perkara itu terhadap mangsa.

Isteri Allahyarham yang masih bersedih enggan ditemu bual wartawan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TLDM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan