RM334.5 Juta Harta Rasuah, Salah Guna Kuasa Disita

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 3:17 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat model bangunan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 50 Penubuhan BPR/SPRM dan Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak RM334.5 juta nilai harta berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh setahun bermula Ogos 2016 hingga Ogos tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, jumlah itu merupakan peningkatan berganda berbanding RM55 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

"Bagi tempoh sama juga jumlah pertuduhan yang dilaksanakan meningkat 405 kes iaitu 32.8 peratus.

"Manakala jumlah pembukaan kertas siasatan meningkat menjadi 952, iaitu peningkatan sebanyak 2.94 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

"Bagi tempoh sama juga jumlah maklumat diterima SPRM meningkat sebanyak 6,419 iaitu 2. 63 peratus," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, di sini, Ahad.

Majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat SPRM yang baharu itu, disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dzulkifli berkata, hasil daripada maklumat tersebut jumlah tangkapan yang berjaya dilaksana sebanyak 910 tangkapan, meningkat 6.04 peratus.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil komitmen dan semangat juang serta kesungguhan kerja luar biasa dan penuh dedikasi ditunjukkan pegawai-pegawai SPRM.

Bangunan baharu SPRM siap dibina sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi, 21 Julai lalu. Ia direka bentuk agar menepati keperluan operasi serta sistem pentadbiran SPRM.

Didirikan di atas tanah berkeluasan 2.07 hektar, dengan tiga menara setinggi 14,18 dan22 tingkat, ia mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.

Dari aspek keselamatan, bangunan baharu itu mempunyai 354 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang mengawal persekitaran luar dan dalam bangunan termasuk di dalam lif serta keseluruhan kawasan dipagari dengan pagar jenis 'anticlimb' dan 'anticutting' yang sukar ditembusi penceroboh.

Turut dirasmikan, Yayasan Prihatin SPRM yang berteraskan kebajikan untuk menampung kekurangan keperluan dan kewangan warga SPRM dan ahli keluarga.

Selain itu, dana yayasan itu juga akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan bantuan dari sudut kewangan melalui program-program SPRM bersama masyarakat.

Orang ramai juga boleh menyumbang kepada tabung yayasan bagi menyokong matlamat penubuhannya.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan