Pendaftaran PLKN 2.0 Dibuka Hari Ini Hingga Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 3:10 PM

Gambar fail Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum (tengah) bersama para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 2 Siri 14/2017 selepas perasmian penutup program itu pada 10 September lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Individu berumur bawah 35 tahun yang berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 boleh berbuat demikian dengan hadir dan mendaftarkan  diri di kem latihan terdekat bermula Sabtu hingga Isnin ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, mereka hanya perlu mematuhi syarat kemasukan mudah antaranya sihat tubuh badan dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

"Selepas lulus semua syarat kelayakan, surat tawaran kemasukan ke PLKN akan dikeluarkan sendiri oleh komanden kem tempat permohonan dibuat… terdapat sebanyak 52 kem latihan PLKN di seluruh negara yang menerima kemasukan secara sukarela ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pergerakan masuk pelatih PLKN 2.0 Kumpulan 3 Siri 14/ 2017 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini Sabtu.

Seramai 10,000 pelatih dijangka mengikuti program PLKN 2.0 kumpulan 3 yang bermula Sabtu.

Mohmed Asri berkata, secara keseluruhan seramai 22,000 pelatih telah menyertai PLKN 2.0 untuk Siri 14/2017.

Selain didedahkan dengan semangat perpaduan, kesukarelaan dan berpeluang untuk mengikuti kursus latihan kemahiran, pelatih turut diberikan elaun RM200 sebulan sepanjang dua bulan mengikuti program itu, katanya.

Mengulas mengenai keselamatan pelatih, Mohmed Asri berkata, setiap kem latihan dilengkapi  kemudahan yang  kondusif untuk latihan.

"Setiap kem perlu mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan, pemeriksaan secara berkala juga dilaksanakan oleh agensi-agensi bertanggungjawab," katanya.

Tags / Kata Kunci: PLKN

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan