‘Iron Lady’ Kini Stabil

Diterbitkan: Jumaat, 29 September 2017 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid yang sebelum ini dilaporkan kritikal, kini stabil.

Menurut sumber terdekat keluarga, beliau bagaimanapun memerlukan pemerhatian rapi  untuk 48 jam yang berikutnya dan masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

“Selepas menerima penerangan doktor pada 7 pagi tadi, pihak IJN akan menjalankan beberapa ujian ke atas beliau termasuk di bahagian kepala sekiranya keadaan beliau terus stabil.

“Beliau juga berkemungkinan perlu menjalani rawatan dialisis,” jelas sumber berkenaan.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady' dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung pada Khamis.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 Sept lalu.Beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada 9 pagi Khamis selepas dua saluran pada injap jantungnya, tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Maznah Hamid , Iron Lady

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan