Gadis Dirogol Datuk Tiri Kini Bawah Jagaan JKM - Berita Semasa | mStar

Gadis Dirogol Datuk Tiri Kini Bawah Jagaan JKM

Diterbitkan: Jumaat, 29 September 2017 2:45 PM

Mangsa disahkan hamil lima minggu selepas dirogol oleh datuk tirinya. - Gambar hiasan/ Pixabay

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang pelajar yang cuba terjun daripada bangunan asrama selepas dirogol oleh datuk tirinya kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Datuk tiri tersebut yang meninggal dunia pada Jumaat selepas ditemukan berada di pondoknya dan telah mengambil racun perosak.

Polis yang berada di pondok tersebut menahan suspek dan mengejarkannya ke hospital. Dia meninggal dunia di hospital.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata, gadis berusia 14 tahun itu berada dalam keadaan selamat dan diberikan rawatan sewajarnya serta dilindungi oleh JKM.

"Dia turut mendapat nasihat kaunseling. Mangsa cuba membunuh diri kerana keadaan emosi yang tidak stabil.

"Kelakuannya (cuba bunuh diri) menunjukkan betapa terdesaknya dia ketika itu.

"Ini adalah serius dan sebagai amaran kepada kita semua tentang kesan akibat perbuatan sumbang mahram dan rogol kepada golongan remaja," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, kes tersebut mula diketahui pada 21 September di Hospital Sri Aman selepas mangsa mengalami kecederaan akibat jatuh dari tingkat satu asramanya.

Mangsa disahkan hamil lima minggu dan memberitahu pihak JKM bahawa datuk tirinya pernah merogol dia sebanyak dua kali pada Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: rogol
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan