Perkhidmatan MRT Terhenti Gara-Gara Penceroboh - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan MRT Terhenti Gara-Gara Penceroboh

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang terpaksa dihentikan sementara selepas seorang lelaki bertindak memasuki  laluan tersebut.

Dipercayai perkhidmatan dihentikan lebih kurang satu jam pada petang Khamis.

"Terdapat gangguan berdekatan dengan Kwasan D'sara dan bekalan elektrik terpaksa dihentikan sementara untuk keselamatan dan menahan penceroboh," jelas RapidKL di lawan Twitter.

Jurucakap Prasarana menjelaskan laluan tersebut juga turut dibersih bagi memastikan tidak ada sebarang gangguan.

RapidKL turut memberitahu tindakan pantas dan siasatan lanjut dijalankan berikutan insiden ini.

"Tindakan pantas oleh rakan sekerja operasi kami dan polis berjaya menangkap penceroboh itu. Siasatan akan diteruskan. Maaf diatas kesulitan yang timbul," katanya.

Perkhidmatan kereta api telah disambung semula antara laluan Mutiara ke Sentral.

"Pergerakan agak perlahan, dan kami menghantar lebih banyak keretapi untuk memudahkan orang ramai," katanya.

Jurucakap itu mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki landasan untuk apa jua sebab, sambil menambah bahawa kejadian itu telah menjejaskan perjalanan penumpang lain.

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan