Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang untuk pergi ke Korea Utara sehingga diberitahu kelak.

Kementerian Luar berkata larangan itu dikeluarkan berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara.

Katanya, larangan itu akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (semasa waktu  pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat).

Ketika ini, pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada larangan perjalanan itu bakal menjejaskan perlawanan berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Wisma Putra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan