Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Cetus Kontroversi

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 3:08 PM

Salah satu adegan di dalam iklan yang berbaur lucah kini tular di media sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas reda iklan rokok elektronik atau vape yang disangka mempromosikan pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon iklan komersial separuh bogel, kini muncul iklan baharu yang menyentuh sensitiviti budaya Malaysia.

Walaupun tiada adegan separuh bogel atau mengghairahkan, tetapi dialog yang digunakan dalam iklan tersebut berbaur lucah.

Selain dialog, terdapat juga adegan dan audio yang membawa konotasi seks yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.

Iklan berdurasi kira-kira 1 minit dan 22 saat yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri itu dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki.

Ia bermula dengan pertengkaran pasangan itu apabila si isteri tidak puas hati dengan tenaga batin suaminya sehingga menemui produk yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan masalah mereka.

Terdapat adegan si suami dipaksa tidur di luar bilik selepas pertengkaran itu, disusuli narator yang berkata: “Suami sering tertekan sehingga buah menjadi pilihan isteri.”

Produk mengenai kekuatan tenaga batin lelaki kini semakin banyak dipromosikan di laman sosial tetapi biasaannya hanya memaparkan model wanita cantik dan lelaki berbadan sasa.

Video yang kini tular mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyifatkan ia tidak sensitif, dan dibimbangi memberi kesan kepada golongan muda terutama bawah umur kerana penyiarannya boleh ditonton secara umum di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Filem Porno Tapi... dan Iklan Vape Lucah, Syarikat Mohon Maaf

“*****nya iklan macam ni. Tulah sekarang banyak budak-budak yang terikut nafsu. Nak cuba sesuatu hingga banyak yang hamil luar nikah.

“Nak salahkan siapa kalau iklan mcam ni tersebar luas. Kisah suami isteri tak payah nak ditayang sangat mcam ni. Macam orang yang tak beriman,” kata seorang netizen.

Antara komen netizen yang berang dengan penyiaran iklan tersebut.

Jika mahu mempromosikan produk berkenaan, seorang netizen berpendapat ia sepatutnya dilakukan secara kreatif tanpa mempromosikannya secara terang-terangan.

“Kalau nak buat iklan macam ni, tak payah nak cakap terang-terang, orang dah faham kau nak jual apa, kau punya pelanggan bukan kecil nak suruh dia beli, orang dewasa kot pasaran kau. Dalam video ni kau kena kreatif sahaja dan menjaga sentiviti orang sekeliling.”

Iklan itu turut didakwa hanya untuk melariskan jualan produk: “Bila produk dah tak laku beginilah jadinya. Kalau produk bagus iklan sopan pun laris je.”

Malah terdapat netizen menyentuh bahawa iklan tersebut dikaitkan dengan kes penceraian: “Majoriti mendirikan sesebuah rumah tangga itu berasaskan nafsu, sebab itu zaman sekarang banyak kes penceraian.”

Dalam pada itu, seorang netizen menggesa ibu bapa supaya memberi perhatian terhadap penyebaran iklan tersebut daripada ditonton anak-anak mereka.

“Ibu bapa sila berhati-hati dengan iklan-iklan macam ni, jangan bagi anak-anak terpengaruh,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan