Lagi Gajah Ditemui Mati Tanpa Gading

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua lagi bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui dalam keadaan tanpa gading di timur Sabah.

Kedua-dua bangkai gajah itu ditemui di kawasan berasingan.

Salah satu daripadanya ditemui di ladang berhampiran kawasan Dumpas pada 10 September lalu manakala satu lagi terapung dekat Sungai Kinabatangan dekat Pusat Lapangan Danau Girang beberapa hari lalu.

Sumber berkata agak sukar untuk menentukan kawasan gajah itu dibunuh sebelum bangkai haiwan itu dibuang ke dalam sungai.

Sabah berdepan ancaman pembunuhan haiwan itu terutamanya gajah Pygmy Borneo yang dianggarkan berjumlah sekitar 2,000 ekor yang menghuni hutan di timur Sabah.

Enam gajah Pygmy Borneo dilaporkan dibunuh sejak enam bulan lalu.

Jabatan Hidupan Liar Sabah berkata mereka tidak mempunyai petunjuk baharu atau suspek dikaitkan dalam kes terbaharu itu.

Namun, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku terlibat.

Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata kematian gajah di Dumpas tidak menunjukkan sebarang kecederaan pada luaran tubuh.

Tags / Kata Kunci: Pygmy Borneo

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan