SRK ‘Intai’ Kak Girl

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 7:09 PM

Nur Amirah gemar membuat persembahan lagu-lagu Bollywood sejak di bangku sekolah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila bintang pujaan hati menyedari kewujudan peminatnya, lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian atas bakat yang dimilikinya.

Begitulah perasaan Nur Amira Maslan yang lebih dikenali sebagai 'Kak Girl Sebenar' oleh pengikutnya di Instagram dan Facebook.

Apa tidaknya, Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja terhibur dengan gelagat Nur Amira yang menyanyikan lagu hindi secara lip-sync, malahan tertarik dengan aksi suaminya yang bersahaja ketika dia asyik menari di dalam kereta.

Terdahulu, pengguna Twitter, Asad Khan memuat naik video tarian dan nyanyian Nur Amira Maslan dan memetik (tag) nama SRK dan penerbit, Karan Johar pada malam Selasa.

Bintang tersebut memberi reaksi kepada posting berkenaan beberapa jam kemudian dan berkata: "Wow! Dan lelaki budiman itu buat tidak tahu sahaja."

Lagu tersebut dipetik daripada klip lagu Bole Chudiyan daripada filem Khabi Kushi Khabie Gham yang dibintangi SRK.

Setakat ini, tweet SRK itu telah menerima 11,309 likes dan 3,741 ulang kicau (retweet).

Sementara itu, Nur Amira ketika dihubungi mStar Online pada petang Rabu berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peminatnya melalui Facebook.

"Saya sedang bertugas di konti dan terus menghubungi suami untuk berkongsi berita gembira itu.

"Seperti yang anda lihat di video itu, suami saya masih tiada perasaan dan 'cool' sahaja," katanya yang ditawarkan menjadi seorang penyampai radio sejak dua bulan lalu setelah videonya tular di laman sosial.

Tambah wanita yang berasal dari Johor Bahru itu, suaminya sempat mengusik dan berkata pujian tersebut bukan ditujukan kepadanya.

Bagaimanapun, Nur Amira tetap berbangga kerana akhirnya bintang kegilaan ramai itu turut terhibur menyaksikan gelagatnya menari tarian Bollywood.

Sebelum ini, siri video parodi seorang wanita yang melakukan aksi lip sync sambil menari di dalam kereta yang dipandu suaminya tular di media sosial pada Jun lalu.

Ramai yang terhibur dengan gelagatnya bersahaja dan melucukan, tidak kurang juga turut mendapat kecaman netizen kerana aksi gedik dan dianggap keterlaluan.

Kata Nur Amira, apa yang dilihat netizen di dalam video adalah dirinya yang sebenar.

Tags / Kata Kunci: Shah Rukh Khan , Kak Girl Sebenar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan