Remaja Pukul Ibu Bebas Pengaruh Dadah

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam kerana dipercayakan mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Beliau berkata rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil oleh adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.

"Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya.

"Rakaman insiden itu kemudiaanya tular dan dikecam oleh masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dilakukan," kata Hamzah.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Hamzah Alias , Ampang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan