MLM: Jangan Salah Guna Kuasa - NUTP

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 8:00 AM

Kamarozaman Abd Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa pentadbir atau ketua jabatan sekolah tidak menyalahgunakan kuasa berhubung isu pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, penyertaan guru dalam MLM adalah seharusnya secara sukarela tanpa sebarang unsur paksaan.

Apa yang paling penting, katanya, hal berkaitan MLM tidak dibangkitkan semasa waktu persekolahan dan di dalam kawasan sekolah.

"Jangan kerana anda adalah pentadbir atau ketua jawatan di sekolah, anda menggunakan jawatan dan pengaruh untuk mendesak guru menyertai MLM.

"Sebagai ketua, anda sepatutnya bersikap profesional dan menjadi contoh yang baik kepada anak buah," katanya kepada mStar Online.

Pada Selasa, portal berita ini melaporkan dakwaan di laman sosial mengenai segelintir guru dipaksa pentadbir atau ketua jabatan di sekolah supaya menyertai MLM sebagai ahli bawahan (downline) mereka.


ARTIKEL BERKAITAN: Guru Dipaksa Sertai MLM - Netizen 

Kamarozaman berkata, setakat ini tiada laporan yang diterima NUTP berhubung guru dipaksa pentadbir atau ketua jabatan untuk menyertai MLM.

Bagaimanapun katanya, guru yang berdepan dengan situasi tersebut boleh membuat laporan atau aduan kepada pelbagai saluran seperti pejabat pendidikan daerah (PPD) atau NUTP.

"Kita beri amaran agar tiada salah guna kuasa. Jika kita terima aduan, kita tidak teragak-agak untuk terus membawa perkara ini kepada Kementerian Pendidikan dan menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid," tegasnya.

Mengulas isu sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor, Kuantan, Pahang, Baharnizam Baharudin mendedahkan bahawa pentadbir atau ketua jabatan sentiasa menjadi sasaran pihak luar untuk terlibat dalam aktiviti itu.

Ini kerana kata Baharnizam, pihak luar menyedari pengaruh golongan tersebut untuk menarik ramai ahli, terutama dalam kalangan guru dengan lebih mudah.

"Saya juga pernah diajak untuk terlibat sama dalam MLM oleh pihak luar tapi saya tolak sebab tak berminat, lebih-lebih lagi ada tawaran yang mencurigakan.

"Mereka tahu kalau kita di peringkat atasan terlibat dalam MLM, 'automatik' akan tarik anak-anak yang berada di bawah untuk turut serta. Apapun ini semua bergantung kepada profesionalisme masing-masing," katanya.


Bagi Guru Besar SK Pekan Nanas di Pontian, Johor, Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin pula, guru perlu berani menyatakan pendirian mereka tanpa rasa dilema atau serba salah.

Pihak yang mempengaruhi atau ditawarkan, katanya, masing-masing perlu bersikap profesional agar tidak menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan prestasi kerja.

"Guru perlu berani katakan 'tidak' sebab tidak berminat sebelum keadaan bertambah buruk.

"Kalau betul-betul tak berminat, terus-terang saja. Jangan buat orang ternanti-nanti atau memberi harapan seolah-olah anda nak masuk MLM," katanya.

Tags / Kata Kunci: MLM , guru , NUTP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan