Sekat Pesta Arak - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dirancang diadakan pada hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, di sini, Selasa ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk membenarkan penganjuran pesta arak itu dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi penganjur.

Pada 18 September lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak itu di ibu negara.

Mengulas lanjut, Muhamad Fuzi berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap penganjuran pesta arak itu atas faktor kepentingan keselamatan umum.

Malah beliau mengesahkan polis mendapat maklumat terdapat pergerakan pihak luar yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas pesta arak itu.

“Kami tidak akan kompromi kerana ancaman itu adalah benar,” katanya sambil menambah terdapat 26 badan bukan kerajaan telah menghantar bantahan kepada Sultan Selangor berkaitan pesta itu.  — Bernama  

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , Better Beer Festival

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan