Roti Canai Jalur Gemilang Jadi Perhatian

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 8:29 AM

Mahadi menebar roti canai yang dipesan pelanggan di warungnya. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Peniaga roti canai, Mahadi Abdullah, 61, tidak menyangka jualan roti canai Jalur Gemilang yang dibuat sempena sambutan kemerdekaan lalu akhirnya mampu menjadi tarikan ramai sekali gus mendorongnya untuk meneruskannya sepanjang tahun.

Mahadi yang berpengalaman 20 tahun berniaga roti canai berkata, roti canai berwarna biru, merah, putih dan kuning itu berjaya menarik lebih ramai pelanggan yang berkunjung ke warungnya sejak sambutan Merdeka lalu.

Katanya, pada asalnya dia hanya bercadang menjual roti canai warna-warni itu sempena Merdeka sahaja tetapi sebaliknya kini perlu meneruskan sepanjang tahun.

Menurutnya, pada kebiasaannya dia hanya mengadun kira-kira 10 kilogram tepung tetapi selepas perniagaan roti canainya menjadi tular dia kini perlu mengadun 20 kilogram  (kg) tepung setiap hari.

“Kalau hanya 12 kg tu biasanya jam 10 pagi sudah habis dijual, kasihan juga pelanggan yang datang tapi tak dapat makan. Jadi saya nak tambah 20 kg tepung supaya lebih ramai dapat merasa.

“Kebanyakan yang datang pelanggan yang bawa anak-anak kecil nak merasa roti canai ini sebab ada banyak warna, ada ramai pelanggan baharu sekarang dan pelanggan tetap masih setia.

“Rasa tetap tak berubah, bila saya pelbagaikan warnanya semakin ramai yang suka, lepas tu keluar kat televisyen dan surat khabar lagilah ramai yang datang,” katanya.

Mahadi berkata, warung roti canai itu sebenarnya milik anaknya dia hanya menebar roti manakala anak-anaknya membuat air dan mengambil pesanan.

Katanya kepada Sinar Harian, perniagaannya bermula jam 7 pagi setiap hari dan ditutup jam 12 tengah hari tetapi sejak kebelakangan ini biasanya jam 10 pagi roti canai sudah habis dijual.

Mahadi yang berasal dari Kampung Paya Keladan di sini berkata, perniagaannya pasti lebih maju sekiranya dia mendapat bantuan mesin pengadun tepung daripada mana-mana pihak.

Katanya, warung jualannya juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan air memandangkan ia hanya warung tepi jalan yang baharu dibina tiga tahun lalu.

“Saya harap pihak berkaitan dapat memudahkan permohonan saya untuk memasukkan bekalan air, elektrik dan juga mendapat bantuan mesin pengadun tepung.

Sekarang saya kena mengadun tepung pada sebelah malam, penat jugalah sebab dibuat semuanya dengan manual, kalau ada mesin pengadun sudah tentu kerja lebih mudah dan lebih banyak roti canai dapat dihasilkan,” katanya.

Sementara itu anaknya, Rosnaini, 32, berkata, selain roti canai yang dijual di warung, mereka turut mengambil tempahan luar dan turut menyediakan masakan lain kepada pelanggannya.

Tags / Kata Kunci: roti canai , jalur gemilang

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan