Murid Pintar Tulis Terbalik

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 12:20 PM

Muhd Zaidhani Zaidan bukan sahaja berbakat menulis secara terbalik, malah pandai melukis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bapa yang terkejut ketika melihat video menunjukkan anaknya menulis secara terbalik turut teruja apabila rakaman itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial selepas dimuat naik baru-baru ini.

Bapa kepada enam anak itu mendakwa tidak pernah seumur hidupnya melihat kebolehan seperti itu, malahan sama sekali tidak menyangka ia berlaku pada anak lelakinya.

Video tersebut sebenarnya dirakam seorang guru dan dihantar kepada Norhisam A. Rahim, 39, bagi menunjukkan prestasi pelajaran anaknya, Muhd Zaidhani Zaidan Norhisam, 9.

Norhisam berkata, dia hanya mengetahui tentang perkara itu baru-baru ini kerana jarang memantau Muhd Zaidhani Zaidan ketika menyiapkan kerja sekolah.

Norhisam mengakui terkejut dan teruja apabila mengetahui anaknya boleh menulis secara terbalik.

"Biasanya kakak dia yang berumur 11 tahun yang pantau. Saya biarkan mereka belajar bersama-sama kerana setakat ini, Zaidan tidak mengalami sebarang masalah di sekolah.

"Dia pernah mendapat 'ranking' nombor satu semasa ujian kemasukan Tahun Satu di sekolah lama sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Larkin 2 di Johor Bahru.

"Prestasi pelajaran dia juga sangat bagus. Selalu dapat nombor satu atau dua di dalam kelas," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, netizen bukan sahaja memuji kebolehan Muhd Zaidhani Zaidan menulis secara terbalik, malahan kagum dengan penulisannya yang dianggap cantik dan kemas.

Namun, ada pengguna Facebook yang mengaitkan kebolehan murid Tahun Tiga itu sebagai tanda-tanda Disleksia iaitu sejenis gangguan perkembangan diri yang mempengaruhi secara khusus kebolehan seseorang kanak-kanak belajar membaca dan menulis.

Komen seorang pengguna tentang keadaan anak Norhisam yang mungkin mengalami Disleksia.

Bagaimanapun, Norhisam tidak bercadang untuk membawa anaknya berjumpa doktor kerana merasakan Muhd Zaidhani Zaidan merupakan seorang anak yang normal dan memiliki kebolehan menulis pelbagai cara.

"Dia memang rajin belajar, selain suka melukis komik. Setakat ini, tiada yang ada kebolehan macam dia.

"Masa dia kecil, saya sering belikan kismis untuk anak-anak bagi merangsang minda mereka. Tidak pasti sama ada ia menjadi penyebabnya (menulis terbalik)," ujar lelaki yang bekerja sendiri itu.

Setakat ini, posting tersebut sudah ditonton lebih 1.3 juta kali dan mendapat 14, 384 perkongsian.

Tags / Kata Kunci: Muhd Zaidhani Zaidan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan