Bangkai Ikan Lumba-Lumba Ditemui Di Marina Island

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 10:15 PM

Foto Facebook.

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Bangkai seekor anak ikan lumba-lumba seberat lima kilogram ditemui terdampar dalam keadaan perut yang pecah di Pengkalan Baru, Marina Island di sini, Selasa.

Ketua Daerah Perikanan Manjung Rosdi Nazri Mat Din berkata pihaknya menemui bangkai mamalia tersebut kira-kira pukul 3 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Rosdi Nazri berkata bangkai itu dipercayai telah hanyut hampir empat batu nautika dari lokasi awal ia didakwa ditemui orang awam di persisiran pantai pada Khamis lalu.

"Anak ikan lumba-lumba atau porpoise itu dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu berdasarkan keadaan semasa ia ditemui.

"Kerja-kerja pelupusan bangkai ikan itu akan dijalankan. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengenal pasti jantina anak ikan lumba-lumba itu berikutan keadaannya," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Seorang pemancing yang hanya dikenali sebagai Lau, 45, berkata dia menemui bangkai ikan lumba-lumba itu terdampar di persisiran laut Khamis lalu, semasa mahu memulakan aktiviti memancing.

Lau berkata dia yang melihat secara dekat bangkai tersebut, bagaimanapun, tidak dapat memastikan spesis bangkai itu, namun yakin ia bangkai ikan lumba-lumba berdasarkan bentuk mamalia berkenaan.

"Bangkai sepanjang hampir tiga meter dalam keadaan organ dalaman terkeluar dan terdapat kesan cedera pada bahagian ekor.

"Keesokan harinya saya datang balik ke kawasan yang sama untuk memancing dan mendapati bangkai itu telah hanyut," katanya. -BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: ikan lumba-lumba

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan