“Notis Tuntutan Hanya Untuk Malukan Saya”

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 8:25 AM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis tuntutan bayaran berjumlah RM306,999.17 yang diiklankan dalam akhbar tempatan oleh Datuk Seri Salleh Ismail, adalah helah murah untuk memalukannya.

Menurutnya, kaedah mendapatkan satu perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran memandangkan tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima secara peribadi bukan perkara yang sukar.

“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarganya.

“Dengan mendapatkan notis dari mahkamah itu, ia bertujuan untuk memberi gambaran bahawa saya berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai untuk membayar jumlah yang dituntut oleh beliau tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membayarnya kepada beliau,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian merujuk kepada notis menuntut bayaran sebanyak RM306,999.17 setakat 13 Julai 2017 seperti yang  diiklankan di dalam akhbar tempatan atas arahan yang diperolehi oleh Datuk Seri Salleh Ismail (suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno) dan NFC daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menurut Rafizi, tindakan itu sememangnya berniat untuk memalukan dan menunjukkan kononnya beliau seorang yang pecah amanah kerana telah mendapat sumbangan tetapi tidak membayar tuntutan mereka.

“Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon perlu menunjukkan bahawa beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya berada.

“Tambahan pula, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos yang tinggi. Oleh sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, tindakannya tidak menjelaskan jumlah tuntutan itu disebabkan pihak tersebut perlu menyerahkan notis tuntutan secara peribadi kepadanya.

“Apa yang tidak dimaklumkan kepada rakyat adalah saya tidak dapat membayar sehingga mereka menyampaikan notis tuntutan itu secara tangan dan diterima peribadi kepada saya kerana saya tidak tahu jumlah sebenar yang perlu saya bayar.

“Hakim Azizul Azmi Adnan bukan sahaja menganugerahkan bayaran RM300,000 kepada NFC dan Datuk Seri Salleh Ismail, jumlah itu perlu dibayar dengan bayaran faedah yang dikira pada setiap hari.

“Oleh itu, saya memang perlu menunggu notis tuntutan itu diserahkan secara tangan untuk memenuhi kehendak undang-undang dan mengetahui jumlah yang perlu dibayar,” katanya.

Malangnya, kata Rafizi, perkara yang mudah iaitu menghubunginya untuk membuat temu janji bagi menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar itu tidak pernah diusahakan oleh Salleh.

“Pihak beliau hanya meninggalkan surat di rumah saya kononnya mereka datang tetapi saya tiada di rumah. Seterusnya mereka meninggalkan pula surat untuk menyatakan mereka berkehendakkan saya berada di rumah pada tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang hendak mereka serahkan.

“Jika niat mereka untuk menunjukkan saya seorang yang menipu kerana menerima sumbangan rakyat tetapi menyelewengkan wang itu untuk diri saya, ttindakan yang diambil ini adalah bodoh kerana rakyat Malaysia boleh membaca permainan politik mereka,” katanya.

Rafizi berkata, peguamnya akan mengira jumlah terkini yang perlu dibayar dengan mengambil kira bayaran faedah terbaru dan beliau akan menyerahkan cek itu kepada Salleh dan NFC.

“Selepas itu, soal kebankrapan sepatutnya tidak timbul dan saya akan menunggu tarikh rayuan untuk membatalkan keputusan Hakim Azizul Azmi Adnan tempoh hari,” katanya. - Sinar Online

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan