'Pasar' Lelong Depan Rumah

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Hanya beralas dan berbumbung kanvas, suasana di halaman rumah seorang penduduk di Pontian Besar di sini, kelihatan seperti pasar lelong dengan pelbagai barangan plastik dan perkakasan rumah dijual.

Memanfaatkan kelebihan lokasi rumah yang terletak di tepi jalan Pontian-Benut, suri rumah, Siti Khadijah Kamal Gelan, 34, tekad mempelbagaikan jualan dan tidak hanya bergantung dengan hasil jualan ikan serta laut.

Seawal jam 6 pagi, gerai menjual ikan dan hasil laut dibuka di halaman rumahnya diikuti dengan jualan lelong barangan plastik serta perkakasan rumah sehingga 9 malam.

Siti Khadijah berkata, dia gemar menjual sendiri hasil tangkapan yang diperolehi suaminya, Kamarulzaman Abu Bakar, 35, yang bekerja sebagai nelayan.

“Dah lebih 10 tahun saya bantu suami jual hasil tangkapan ikan dan laut di gerai di hadapan rumah.

“Alhamdulillah ramai yang datang beli ikan dan hasil laut segar yang dijual di sini. Sambutan yang diberikan terhadap jualan memberi idea kepada saya serta suami untuk mempelbagaikan jualan,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini, tidak menyangka jualan lelong pelbagai jenis barang plastik dan perkakasan rumah yang mula dijual sejak Jumaat lalu, menerima sambutan yang cukup baik.

“Barangan plastik dan perkakasan rumah seperti baldi, selipar dan sebagainya dijual dengan harga rendah kerana bekalan diperoleh terus daripada pemborong.

“Dapatlah kami bantu penduduk setempat di sini yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan untuk beli barang dengan harga borong yang jauh lebih rendah. Paling penting mereka tak perlu bersusah payah ke bandar,” katanya.

Siti Khadijah yang dibantu kakak dan adiknya mengakui cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan pelanggan berkurangan.

“Waktu pagi dan petang ramai pelanggan beli barang lelong di sini. Kebanyakannya orang Pontian yang menggunakan jalan utama Pontian-Benut.

“Bila lihat jualan lelong di sini, ada pengguna jalan raya yang singgah untuk membeli,” katanya.

Biarpun berdepan dengan cuaca panas kerana kedudukan gerai di tepi jalan dan bersebelahan jeti, namun Siti Khadijah tidak pernah menggagap ia sebagai halangan untuknya berniaga.

Tags / Kata Kunci: Pontian , Siti Khadijah Kamal Gelan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan