Laporan Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz Ke Peguam Negara

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Laporan siasatan polis berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato' Keramat, Kuala Lumpur, sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan yang dimajukan untuk tindakan pendakwa raya itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Jadi kita tunggu arahan dari pejabat Peguam Negara apa bentuk tindakan pertuduhan ke atas  pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat   Kontinjen Terengganu di sini, Isnin.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi 14 Sept itu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan terkorban.

Susulan kejadian itu  polis menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun yang disyaki mendalangi perbuatan itu kurang 48 jam selepas kejadian.

Polis mengesahkan kebakaran tersebut dilakukan oleh suspek atas motif balas dendam.-- Bernama  


 

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan