Tindakan Wanita Ini Kejutkan Dua Pemuda

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 9:07 AM

Rubainah menunjukkan tulisan Tamil yang ditulisnya. - Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KUNDANG: ”Aku bawa bekal kau susah apa, bukan pakai duit kau, mulut aku perut aku, suka hati akulah”.

Itu dialog yang diucapkan seorang suri rumah, Rubainah Saruji, 56, kepada dua pemuda India tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sewaktu menaiki bas.

Teguran Rubainah itu mengejutkan pemuda berkenaan yang tidak menyangka percakapan mereka dalam Bahasa Tamil itu difahami wanita Melayu tersebut.

Malahan, pengucapan Rubainah yang menggunakan bahasa Tamil menyebabkan kedua-dua pemuda itu terdiam dan malu sendiri.

Insiden mencuit hati itu dikongsi Rubainah sewaktu ditemu bual pemberita baru-baru ini.  

Selain mampu bertutur dalam bahasa Tamil ibu kepada enam anak ini juga boleh menulis dan membaca dalam bahasa tersebut.

Faham bahasa Tamil sejak kecil

Berkongsi cerita, Rubainah yang berasal dari Batang Berjuntai itu boleh bertutur dalam bahasa itu semenjak kecil disebabkan tinggal dalam estet berjirankan kaum India.

“Seingat saya semasa umur enam tahun saya sudah boleh faham dan bercakap bahasa Tamil. Nak menulis dan membaca pun boleh tapi tidak semahir dulu kerana sudah lama tidak berlatih.

“Daripada 11 beradik hanya saya dan kakak boleh berbahasa Tamil sementara yang lainnya faham tapi tidak boleh bertutur bahasa tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bagi yang tidak mengenalinya pasti terkejut dengan kelebihannya itu memandangkan ramai orang Melayu boleh berbahasa Cina tapi yang mahir berbahasa Tamil amat jarang ditemui.

Malahan dia akui jarang melepaskan peluang menggunakan kelebihan tersebut  jika ada yang mengumpatnya dalam bahasa Tamil.

“Kadang-kadang kalau pergi ke pasar raya atau ke pusat beli-belah kalau terdengar orang India berkata pasal saya, saya akan terus membalasnya.

“Dan reaksi yang saya terima sama. Kebanyakan daripada mereka akan terkejut dan kemudian meminta maaf.

“Kawan-kawan kata bahasa Tamil saya lebih baik daripada mereka yang kini menggunakan bahasa pasar sedangkan saya masih menggunakan bahasa baku,” katanya.

Katanya, tidak mahu kemahiran yang ada padanya tumpul menyebabkannya lebih gemar berbahasa Tamil apabila berbual dengan kaum India.

“Walaupun kawan India cakap Melayu saya akan membalasnya dengan bahasa Tamil kerana sudah terbiasa. Saya juga pandai memasak menu kaum India yang rasanya dijamin asli.

“Memang ramai orang Melayu pandai masak kari tapi rasanya tak sama dengan yang asli. Disebabkan saya rajin duduk di rumah jiran dulu jadi saya belajar dari situ. Selain kari saya boleh masak kuah dal, tosai, payasam dan nasi manis (ponggal),” katanya. - Sinar Harian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan