Mahadzir Lokman Kritikal Di PPUM

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 10:20 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman, 60, kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Adiknya, Danial Lokman ketika dihubungi mStar Online berkata, pihak PPUM perlu menstabilkan jangkitan yang dialami abangnya terlebih dahulu sebelum dapat memberitahu bila ikon penyiaran negara itu akan sedar daripada koma.

"Pihak doktor pun dah sambungkan tiub ke badan abang saya bagi memantau kesihatannya. Saya dimaklumkan bahawa keadaannya sangat kritikal dan dia masih belum sedarkan diri.

"Buat masa ini, semua ahli keluarga berada di sini (PPUM) untuk bergilir-gilir menjaganya," katanya yang memohon agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan abangnya kembali pulih seperti sediakala.

Sementara itu, anak saudaranya, Mustaffa Khair Johari, ketika dihubungi Bernama pula berkata, Mahadzir dibawa ke hospital awal pagi Ahad setelah anggota keluarganya mendapati beliau tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala dan kita telah beri Panadol untuk dia, tetapi keadaan beliau semakin teruk dan telah tidak sedarkan diri sejak pagi tadi,” katanya.

Menurut Mustaffa, pemeriksaan awal mendapati masalah ini mungkin berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

“Sebelum ini memang kita tahu yang beliau menghidap diabetes dan darah tinggi, tetapi beliau tidak pernah sakit teruk seperti ini sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama saya melihat beliau dalam keadaan macam ini. Mungkin faktor tekanan kerja,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan bapa saudaranya itu dan dipermudahkan urusan ketika sedang sakit ini.

Tags / Kata Kunci: Mahadzir Lokman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan