“Mohon Maaf Secara Terbuka, Jika Tidak...”

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu pelajar perempuan yang tampil menjelaskan hal sebenar di sebalik kisah tular mengaitkan dua rakan sekolah mengenai hadiah beg tangan mewah baru-baru ini sedikit sebanyak telah meredakan suasana.

Kini, telah diketahui kisah mengenai kedua-kedua pelajar itu yang dikenali sebagai Afiq dan Hana yang tular di media sosial itu adalah fitnah semata-mata.

Penjelasan ibu Hana merungkaikan sebenarnya tiada hadiah beg tangan berjenama yang diterima anaknya, sebaliknya beg kertas jenama berkenaan seperti di dalam gambar yang tular hanya mengandungi kek batik dan roti keju sempena sambutan ulang tahun Afiq.

Gambar beg tangan berjenama yang turut dikaitkan hanyalah tindakan yang digembar-gemburkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Luahan Rohayu mengenai anaknya di laman sosial pada Sabtu.

Terkini, mStar Online telah mendapatkan komen ibu kepada pelajar lelaki yang tampil bersuara bagi membersihkan nama anaknya yang dikecam teruk netizen akibat penyebaran fitnah tersebut.

Rohayu Abdul Rahman, 38, menegaskan bahawa dia sekeluarga berang dan kesal di atas fitnah tersebut yang menjejaskan nama baik mereka.

Sehubungan itu, ibu kepada pelajar Tingkatan Tiga terbabit menggesa penyebar fitnah membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya menggesa semua pihak yang menyebarkan fitnah di media sosial membuat permohonaan maaf secara terbuka dan memadamkan ‘posting’ fitnah itu, serta-merta.

“Jika tidak, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana menyebarkan fitnah dan dakwaan tidak berasas,” katanya kepada portal ini pada Ahad.

(Gambar kiri) Antara dakwaan mengenai Afiq dan Hana. (Gambar kiri) Penjelasan pasangan kembar Hana iaitu Hani mengenai perkara sebenar.

Pada Sabtu, portal berita ini melaporkan penjelasan ibu Hana di laman sosial bahawa kedua-dua pelajar itu sekadar berkawan baik dan hari ulang tahun Afiq tidak disambut secara berdua-duaan tetapi beramai-ramai.

Artikel berkaitan: Terima Hadiah Beg Tangan Fitnah - Ibu Pelajar Perempuan

Rohayu berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja memalukan mereka sekeluarga bahkan menyebabkan anak keduanya daripada tiga beradik itu tertekan dan trauma.

Eksekutif Akauntan itu mendedahkan bahawa Afiq pernah menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana menjadi mangsa buli siber.

“Tapi kami memujuk Afiq untuk pergi ke sekolah dan memberikan banyak sokongan kepadanya. Bagaimanapun, Afiq masih trauma untuk berada di luar,” katanya.

Kenyataan ibu Hana di laman sosial pada Jumaat dan Sabtu.

Menurut Rohayu, dia sebelum ini pernah berhasrat untuk membuat laporan polis tetapi disarankan pihak keluarga supaya menunggu sehingga keadaan kembali reda.

Bagaimanapun kisah tular membabitkan anaknya semakin buruk sehingga menimbulkan pelbagai kecaman dan spekulasi negatif.

Sebagai ibu, dia perlu bertegas bagi membersihkan nama anaknya yang tercalar akibat tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Tuntutan permohonan maaf secara terbuka termasuk memadamkan semua ‘posting’ berunsutkan fitnah itu adalah sebagai pengajaran kepada semua.

“Hari ni, ia berlaku kepada anak saya, Afiq dan Hana. Jadi, saya tidak mahu isu membuat dakwaan tanpa usul periksa dan siber buli ini berleluasa,” katanya.

Tags / Kata Kunci: hadiah beg , Hana , Afiq

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan