Pusat Tahfiz DQI Cari Tempat Pembelajaran Sementara

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini masih mencari lokasi sesuai bagi menjalankan sesi pembelajaran sementara sebelum mereka dibenarkan menggunakan bangunan baharu yang telah siap dinaik taraf.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata sesi pembelajaran perlu dimulakan pada awal November depan sedangkan bangunan baharu yang sepatutnya dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.

"Ada beberapa tempat yang telah ditawarkan untuk kami beroperasi buat sementara waktu namun kami perlu mencari institusi yang mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta tidak terletak terlalu jauh," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Sabtu.

Mohd Zahid berkata pusat tahfiz sementara perlu beroperasi di premis berstatus institusi dan bukannya di lot kediaman kerana tidak bersesuaian.

Beliau yang masih bersedih dengan kehilangan 21 pelajar serta dua guru pusat tahfiz DQI mengakui tragedi yang mengorbankan nyawa mereka telah membuka mata banyak pihak sekali gus menambah baik pendidikan pusat tahfiz di seluruh negara.

"Inilah hikmahnya...pemergian mereka telah membuatkan kebajikan semua pusat tahfiz dipandang serius dengan pelbagai peruntukan yang diumumkan.

"Selepas kejadian ini, banyak inisiatif diterima seperti pendawaian secara percuma kepada institusi pendidikan tahfiz di seluruh negara khususnya daripada kerajaan yang prihatin," kata Mohd Zahid.

Difahamkan, beliau akan menemui pegawai penyiasat polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut kes itu, Sabtu.

Pada 14 September lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pusat tahfiz , DQI

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan