Anwar Terbabit Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 4:40 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konvoi yang membawa pegawai Jabatan Penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dekat Saujana Utama, Sungai Buloh.

"Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sivarasa berkata, insiden berlaku selepas pegawai penjara yang memandu kereta bagi membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan. 

Tambahnya, kereta yang membawa Anwar mengalami kerosakan.

Bagaimanapun kata Sivarasa, Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan itu.

"Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh," katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 2015 bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Usaha mStar Online setakat ini untuk mendapat kenyataan berhubung kejadian daripada Jabatan Penjara tidak berjaya.



Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan