Bangunan Baharu DQI Selesa, Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 10:06 AM

Bangunan asal pusat tahfiz yang telah siap diubahsuai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mungkin terlalu asing kepada masyarakat bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan seluruh negara.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu kewujudannya yang telah beroperasi selama 15 tahun di Kampung Datuk Keramat ini.

Namun, tragedi menyayat hati yang meragut 21 nyawa pelajar berusia 10 hingga 17 tahun dan dua guru, menggemparkan negara.

Kejadian itu membuatkan pusat tahfiz itu mula mendapat perhatian, malah orang awam tidak putus-putus mengunjunginya untuk melihat dengan lebih dekat lokasi kejadian.

Darul Quran Ittifaqiyah telah ditubuhkan pada 2002.

Pengasas yang juga pengetua, Mohd Zahid Mahmod berkata, ketika itu hanya ada 20 pelajar dan tiga guru.

Salah satu bilik pengajian yang dilengkapi penghawa dingin dan CCTV.

“Bukan semua orang mampu sekolahkan anak mereka di pusat tahfiz. Yuran kemasukan bukan murah, ada yang cecah RM1,200. Itu belum yuran-yuran lain.

“Saya antara pelajar tahfiz yang tak teruskan pengajian kerana keluarga tak mampu.  Saya tak mahu mereka yang senasib ini membiarkan anak-anak yang mahu belajar agama, terpinggir.

“Saya tubuhkan Darul Quran Ittifaqiyah. Saya nak bantu orang miskin dan keluarga yang tak mampu ini belajar agama. Semuanya percuma. Pelajar tak ada jubah atau kelengkapan disediakan,” katanya.

Menurutnya, di pusat tahfiz itu, setiap pelajar dididik seperti anak sendiri. Mereka dijaga sempurna.

“Sebelum ini, kami terima tujuh anak nelayan. Mereka datang tanpa apa-apa, kami sediakan percuma.

"Saya akui, empat tahun pertama sangat mencabar terutama kewangan. Alhamdulillah, kami berjaya harungi dugaan dan terus beroperasi sampai hari ini,” katanya.

Tahun lalu, ketika menerima kunjungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mereka mencadangkan pusat tahfiz itu dinaik taraf dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Mohd Zahid menunjukkan laluan tingkap sekiranya berlaku kecemasan di bahagian ruang memasak.

"Awalnya, kami disaran pindah ke bangunan sementara di Jalan Chow Kit. Tapi situ kurang sesuai, kami pindah ke lokasi sementara (bangunan terbakar) akhir Disember 2016 tanpa sebarang bayaran.

“Kami dijangka pindah awal Oktober ini ke bangunan asal, tapi bila berlaku kejadian ni, kena tunda akhir Oktober,” katanya.

Menurut Mohd Zahid, kira-kira RM750,000 dibelanjakan untuk penambahbaikan dan pengubah suaian bangunan asal Darul Quran Ittifaqiyah bagi menjamin keselesaan serta keselamatan pelajar.

Bangunan lima tingkat termasuk bawah tanah itu terletak kira-kira 800 meter dari bangunan yang terbakar.

Ia dilengkapi 24 sistem kamera litar tertutup (CCTV), empat bilik pengajian, bilik guru, perpustakaan, asrama, ruang makan, dapur dan sebuah gelanggang serba guna.

Terdapat tujuh buah tandas yang disediakan di hadapan bilik asrama pelajar.

Bangunan itu lebih selesa dilengkapi ciri-ciri keselamatan lebih terjamin.

Kerja pengubahsuaian telah siap, hanya menunggu barang kelengkapan dimasukkan. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: DQI , pusat tahfiz

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan