Suspek Kebakaran Tahfiz Tidak Boleh Dihukum Mati - Azalina

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suspek yang berumur di bawah 18 tahun bagi kes 23 orang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz di sini Khamis lepas, tidak boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya mereka disabit bersalah dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.

Di samping itu, Seksyen 94 akta yang sama, memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan, katanya dalam kenyataan, Khamis.

Susulan insiden itu, tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Azalina, ketika ini kesemua suspek masih ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Pada awal pagi Khamis lepas, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut selepas terperangkap dalam kebakaran di asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan.

Azalina berkata tiada mana-mana individu boleh mengatasi undang-undang dan suspek berkenaan akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.

Beliau berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Menteri itu turut meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.  

"Saya percaya kes ini akan diadili sebaik mungkin setelah dibawa ke mahkamah nanti," katanya.-- Bernama 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan