Ini Sebab KR1M Ditutup

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 8:11 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai, katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.

Beliau berkata, penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama yang lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan yang luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: KR1M

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan