Penerjun Australia Tersangkut Pada Cermin Tingkap

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 7:20 PM

Seorang peserta Sibu Base Jump 2017 meluncur ke bangunan hotel di Sibu Town Square.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang peserta Australia pada acara Sibu International Base Jump 2017 mengalami kecederaan ringan selepas merempuh dan tersangkut pada cermin tingkap  di tingkat 15, bangunan tertinggi di Sarawak, Wisma Sanyan, di sini ketika melakukan aksi terjunam pada Khamis.

Gary Favre, 42, mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan paha ketika melakukan terjunan dari puncak bangunan 28 tingkat itu pada kira-kira jam 9 pagi.

"Beliau diberi bantuan perubatan awal di lokasi sebelum dihantar dengan ambulans ke sebuah pusat perubatan swasta untuk menerima beberapa jahitan di bahagian peha,” kata Pengerusi Pasukan Petugas Penggalak Pelancongan Bahagian Sibu (SDTTG), Hii Chang Kee.

Hii, yang juga Residen Bahagian Sibu, berkata kemalangan seperti itu lumrah dalam acara terjunan 'Base Jump'dan pihak penganjur akan sentiasa memberi peringatan kepada peserta supaya lebih berhati-hati.

Menurutnya, taklimat keselamatan telah diberikan kepada peserta petang Rabu.

Sementara itu, Presiden Persatuan BASE Jump Malaysia, Aziz Ahmad  percaya kejadian itu bukan disebabkan oleh masalah teknikal.

Semua peserta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup dan insiden ini lebih kepada 'nasib' dan bukan berpunca daripada masalah teknikal.,”katanya.

Beliau berkata Gary pernah melakukan 420 kali terjunan di seluruh dunia dan ini merupakan kali pertama di Malaysia.

Sejumlah 90 penerjun dari 18 negara menyertai acara tahunan tersebut yang dianjurkan sejak 2009.

Acara yang diadakan sehingga Ahad ini mewajibkan peserta naik ke puncak bangunan Wisma Sanyan setingga 126 meter itu sebelum melakukan terjunan dan mendarat di padang Dataran Bandaran Sibu.

Acara di sini adalah seminggu sebelum KL Tower International Jump Malaysia di Menara KL, Kuala Lumpur, dari 29 Sept hingga 2 Oktober ini. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan