PRU Musim Monsun Kali Terakhir 1999

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu-satunya pilihan raya umum di negara ini diadakan semasa Monsun Timur Laut adalah pada 29 November 1999.

Kebiasaannya, monsun bermula pada November, yang membawa hujan lebat dan banjir ke negeri-negeri pantai timur di Semenanjung sehingga Mac.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara amnya menasihatkan untuk tidak mengadakan pilihan raya pada musim monsun, ia juga perlu bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan untuk mengadakannya pada bila-bila masa sepanjang tahun, kata pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

"Jika pilihan raya diadakan pada musim monsun, adakah selamat kelengkapan kita, termasuk kertas dan peti undi?

"Adakah tempat kita di kawasan tinggi? Apa akan terjadi sekiranya berlaku banjir di pusat mengundi? 

"Apakah alternatif yang boleh dibuat? Adakah kita mempunyai khemah yang sesuai untuk dijadikan pusat mengundi? Kita sedang menyelesaikan isu-isu ini," kata Mohd Hashim dalam temuramah, baru-baru ini.

Penggal selama lima tahun bagi pentadbiran di bawah Barisan Nasional (BN) berakhir pada 24 Jun tahun depan dan satu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Mohd Hashim berkata, 230,000 petugas pilihan raya telah dilatih untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan semua Pegawai Pengurus ditetapkan.

Sebahagian besar kelengkapan yang diperlukan untuk pilihan raya, termasuk kertas dan peti undi telah disediakan.

"Kita bersedia untuk Perdana Menteri membuat pembubaran Parlimen (bagi memberi laluan kepada PRU-14) pada bila-bila masa dari sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRU , SPR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan