Ambil Dadah Untuk Kurus

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ibu kepada tiga anak menggunakan alasan mahu kelihatan kurus dengan mengambil dadah sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berusia 42 tahun itu mengaku mengambil dadah sebagai ‘ubat’ supaya ramping meskipun melewati usia 40-an.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila anak perempuannya berusia 15 tahun turut terlibat menagih.

Kegiatan kedua-dua mereka terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah di Sitiawan, sempena Operasi Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung, awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad berkata, ketika ditahan dua beranak itu  terkejut kerana saling tidak mengetahui,  masing-masing terlibat dalam penagihan.

Menurutnya,  mengikut rekod, remaja itu tidak lagi bersekolah, sementara ibunya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak.

“Mereka merayu agar tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun kita anggap kes ini sebagai serius apatah lagi wanita itu bekerja sebagai pengasuh,” katanya.

Mereka merupakan antara 39 individu, tiga daripadanya wanita yang ditahan AADK dalam operasi melibatkan 14 anggota bermula 9 malam hingga 10 pagi, semalam.

Kesemua mereka berusia 54 hingga 15 tahun ditahan selepas ujian air kencing mendapati, positif dadah.

Mokhtarudin berkata, operasi kali ini juga berjaya melumpuhkan port jualan dadah di sebuah ladang kepala sawit di Sungai Tiram, Lekir dengan tertangkapnya 16 individu, sebahagian besarnya tokan dadah.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: AADK , Manjung

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan