Dua Kampung Berebut Tanah Kubur

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 9:32 AM

Perbalahan penduduk dua kampung bermula apabila ada penduduk dari Belukar Jambu didakwa cuba memasang pagar di dalam kawasan perkuburan. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penduduk di dua kampung di sini dikatakan berbalah mengenai sempadan tanah kubur.

Perbalahan antara penduduk Kampung Laut dan Belukar Jambu itu dikatakan bermula apabila ada penduduk dari Belukar Jambu didakwa cuba pasang pagar di dalam kawasan perkuburan seolah-olah cuba bahagikan kawasan.

Ia menimbulkan kemarahan penduduk di Kampung Laut kerana kawasan tanah perkuburan itu dikongsi mereka sejak turun temurun tanpa sebarang isu berbangkit sehinggalah pagar itu mahu diadakan di tanah perkuburan berkenaan.

Penduduk Kampung Laut sudah pastinya mempersoalkan tindakan memasang tiang pagar itu yang seolah-olah ingin mengasingkan kubur masyarakat kedua-dua kampung.

Segelintir penduduk Kampung Balukar Jambu pula mendakwa ia hanya menghalang haiwan ternakan seperti lembu masuk ke dalam kawasan kubur dan meninggalkan najis kerana pagar di bahagian Kampung Laut sering tidak berkunci.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Laut, Che Mat Jusoh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima aduan daripada penduduk berhubung perkara itu, namun katanya, ia sudah pun diselesaikan.

"Susulan aduan itu, saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada penghulu mukim, dengan mengikut saluran yang sepatutnya. Saya juga sudah beritahu mengenai perkara ini kepada Pegawai Penyelaras Dun (PPD).

"Saya tidak mahu campur dan menyerahkannya kepada pihak sepatutnya. Supaya tidak berlaku salah faham nanti. Malah saya difahamkan, perbincangan (panjang) telah diadakan pihak penghulu dengan pihak berkenaan.

"Cuma keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook Kampung Laut. Bagaimanapun, pagar itu telah dirobohkan dan kita anggap isu ini telah selesai,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan