Penduduk Dinasihat Waspada

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor menasihatkan penduduk di lima daerah dikenal pasti berisiko terkesan dengan fenomena air pasang besar supaya lebih berwaspada dan mematuhi arahan agensi penyelamat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.

Lima daerah yang berisiko dilanda fenomena terbabit adalah Klang melibatkan kawasan Pengkalan Tok Muda, Batu 4 Jalan Kapar, Ban Semesta, Pelabuhan Klang dan Jalan Pandamaran-Banting; Tebuk Mendeling, Sungai Air Tawar dan Sungai Panjang (Sabak Bernam); Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan Pekan Sungai Buloh (Kuala Selangor); Pesisir Pantai Bagan Lalang (Sepang) serta pesisiran Pantai Kelanang dan Pantai Tanjung Sepat di Kuala Langat.

Fenomena air pasang diramal berlaku selama empat bulan pada tarikh-tarikh tertentu bermula Rabu hingga Jumaat, 6 hingga 9 Oktober, 4 hingga 7 November serta 4 dan 5 Disember yang mana paras air laut dijangka mencapai sehingga 5.6 meter.

Ketua Unit Pengurusan Bencana negeri, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata semua persediaan telah dilakukan jawatankuasa tersebut termasuk kerja-kerja pengukuhan dan meninggikan tebing di pesisir pantai kawasan terlibat bagi mengelakkan kejadian limpahan air laut tinggi ke kawasan penempatan sehingga menyebabkan banjir berulang.

Namun kata beliau, sekiranya hujan lebat dan angin kencang turut melanda pada tempoh sama fenomena itu berlaku, paras air laut akan menjadi lebih tinggi menyebabkan pintu-pintu kawalan air perlu ditutup bagi mengelakkan lebihan air laut itu memasuki saluran berkenaan dan terjadinya banjir yang teruk.

“Sekiranya pintu kawalan air tidak ditutup, air laut yang tinggi akan memasuki saluran dan jika ia ditutup, air yang terkumpul akibat hujan lebat pula tidak dapat dilepas ke laut, maka kemungkinan akan berlakunya banjir tapi ia tidak seteruk limpahan air laut tinggi memasuki saluran.

“Kita tak boleh ramal sama ada kejadian banjir ini berlaku atau tidak namun kita hanya bersedia dan melaksanakan semua tindakan sewajarnya. Kawasan-kawasan yang terlibat juga sedang dan ada yang telah selesai dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat persediaan menghadapi bencana peringkat tinggi, di sini Rabu.

Menurutnya lagi, disebabkan itu, semua pihak disaran tidak mengambil mudah amaran yang telah dikeluarkan di daerah terlibat bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan pemindahan mangsa dilakukan sekiranya ada kawasan terjejas banjir.

Tambah Ahmad Fairuz, pusat pemindahan mangsa banjir mula dibuka sehari awal daripada tarikh fenomena air pasang diramal berlaku bagi memudahkan penduduk yang terjejas berpindah ke tempat selamat sekiranya terjadi banjir.

Beliau berkata setakat pagi tadi, pemantauan di semua daerah terlibat mendapati tiada berlaku sebarang kerosakan atau hakisan pada tebing yang telah dinaik taraf dan masih kukuh namun pihaknya akan meneruskan pemerhatian sepanjang tarikh terlibat bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: air pasang besar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan