“Hobi Saya Bukan Sikat Rambut Anak Patung" – Abang Barbie

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 4:53 PM

Muhamad Firdaus tular di Twitter selepas video dia sedang menyikat rambut anak patung Barbie mendapat perhatian netizen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pelabur kacak menjadi perhatian di laman sosial selepas perbuatannya menyikat rambut anak patung Barbie tular di Twitter.

Muhamad Firdaus Mohamad Razali, 28, yang tidak menyedari aksi spontan yang dirakam secara senyap-senyap oleh jiran perempuannya itu mengaku bengang apabila mengetahui video tersebut dimuat naik untuk tontonan umum tanpa pengetahuannya.

Namun, jejaka tersebut tidak menganggap ia suatu masalah besar biarpun dirinya menjadi perhatian golongan wanita dan lelaki yang terhibur menonton gelagat bersahajanya itu.

Malah, disebabkan video tular itu, dia dipanggil 'Abang Barbie'.

Muhamad Firdaus ketika dihubungi mStar Online pada Rabu berkata, dia turut berasa malu kerana disalah anggap mempunyai sifat feminin sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

"Mula-mula rasa malu sebab saya bukan suka bermain anak patung seperti yang dirakam dalam video tersebut.

"Ia cuma perbuatan spontan yang dilakukan sewaktu sedang menunggu ketibaan pihak bomba kerana rumah jiran saya dimasuki ular," jelasnya.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, Muhamad Firdaus terus meletakkan anak patung tersebut sebaik menyedari gelagatnya dirakam oleh jirannya, Melor Kaza.

Setakat ini, rakaman tersebut yang dibuat di kediaman Melor di Sungai Buloh itu tular di Twitter sehingga mendapat 13,000 ulang kicau dan 6,061 likes.

Jelasnya, dia sering ke kediaman keluarga Melor kerana keakraban yang terjalin antara mereka.

"Kami ibarat keluarga dan tujuan saya datang ke rumahnya adalah untuk makan tengah hari.

"Lepas video itu tular, ada yang hantar pesanan peribadi meminta saya sikat rambut mereka pula. Rasa nak tergelak pun ada," katanya yang memberitahu hobi sebenarnya adalah bermain permainan video bola sepak, Fifa.

Tags / Kata Kunci: Abang Barbie

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan