Tragedi Tahfiz: Nasib Tujuh Remaja Ditentukan Selepas Siasatan Selesai

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nasib tujuh remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hanya akan diketahui selepas semua proses siasatan kes itu selesai.

"Ia bergantung. Kita masih bergantung kepada laporan daripada pihak berkaitan seperti Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan beberapa laporan lagi sedang dilengkapkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perdana Putra pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada ketujuh-tujuh suspek berusia 12 hingga 18 tahun itu akan didakwa selepas tempoh tahanan reman terhadap mereka tamat Jumaat ini.

Ditanya sama ada ibu bapa suspek  akan turut didakwa sebagai pengajaran kepada ibu bapa lain kerana mengabaikan anak-anak mereka sehingga melakukan kesalahan, beliau enggan mengulasnya.

"Ia bergantung kepada cadangan kita nanti. Kita perlu berbincang dengan Peguam Negara dan pegawai saya sedang menyiapkan siasatan,” kata Mohamad Fuzi.

Tambahnya pihak polis perlu melihat semua aspek dan keutamaan kini diberikan kepada proses melengkapkan siasatan kes.

Semua suspek dari sekitar Datuk Keramat itu direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Terdahulu semasa sidang media bersama timbalan perdana menteri, Mohamad Fuzi berkata pihak polis sentiasa memantau kurikulum sekolah agama termasuk maahad tahfiz bagi memastikan tiada elemen yang menyimpang daripada ajaran Islam dan bersifat ekstremis.

"Kita tidak mahu maahad tahfiz menjadi pusat pembenihan ajaran Daesh dan Syiah. Kita telah lama memantau dan sehingga kini tidak melihat sebarang masalah,” katanya. – Bernama

Tags / Kata Kunci: Tahfiz , Tujuh Remaja

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan