Lebih Ramai Pembangkang Sertai Umno, BN - Annuar

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 2:09 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada Selasa mengesahkan ramai lagi anggota politik Pakatan Harapan (PH) akan menyertai Umno susulan kembalinya bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke pangkuan parti itu.

Beliau berkata, pengumuman perkara berkenaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Saya sahkan memang ada anggota daripada PH yang akan menyertai Umno dan kembali kepada Umno, pengumuman itu kami akan dilakukan secara berperingkat, kita tunggu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting di sini, Isnin.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa terdapat lapan anggota politik lain dari Selangor sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai kembali Umno, Ahad lalu.

Muhammad Taib keluar daripada Umno pada 2013 untuk menyertai PAS dan kemudian meninggalkan PAS untuk menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2015.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pergeseran dalaman antara parti-parti komponen PH, tiada agenda untuk membangunkan ekonomi rakyat dan negara dilihat menjadi punca anggota politik yang berkenaan berminat dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"PH ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan membangunkan negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah semata-mata.

"...dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini telah terjawab dengan sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma daripada  keluarga diraja Arab Saudi, semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan